Skip to main content
JAWATAN KOSONG

UTHM Bitara,  mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan kosong sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Syarat Permohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia. Calon yang mempunyai Diploma atau Ijazah Sarjana Muda juga boleh memohon.

Kriteria:

  • Mahir menggunakan Microsoft Office
  • Berwatakan ceria dan profesional
  • Berkeyakinan tinggi dan pandai berkomunikasi
  • Menguruskan pensijilan program
  • Membantu dalam pengurusan pentadbiran dan pelaksanaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Cara Memohon:

  • Calon hendaklah menghantar borang permohonan dan resume ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah / Diploma / Sijil (yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon), transkrip semua semester termasuk pencapaian CGPA atau salinan keputusan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan (jawatan berkaitan). Salinan tersebut mestilah disahkan oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional, Penghulu, Penggawa atau Pengerusi JKKK.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat, tidak akan diterima
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk sesi temu duga
MUAT TURUN BORANG: https://bit.ly/JawatanKosongUTHMBitara

Tarikh tutup iklan : 30 Mei 2025 (Jumaat)