Pusat Pembelajaran Berterusan (PPBA) merupakan gabungan antara Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) dan Pusat APEL UTHM yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 di bawah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
Pada 17 Julai 2006 CEC merupakan satu entiti ditubuhkan yang mana pada asalnya adalah satu unit dalam Pusat Penyelidikan, Perundingan dan Pendidikan Berterusan (PPPB).
Pada tahun 2016, Unit Program Pesisir CEC telah dipindahkan ke Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (CAD) manakala peranan Unit Program Profesional telah diambilalih oleh UTHM Holdings Sdn. Bhd. Pada Ogos 2017, CEC diletakkan di bawah Pejabat Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan). Seterusnya, CEC berfungsi di bawah Pejabat Pembangunan Perniagaan (BizDo) pada September 2020 sehingga Disember 2020. Bermula 1 Januari 2021, CEC diletakkan di bawah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
Fokus PPBA adalah mengurus dan melaksanakan program-program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) serta berperanan sebagai pusat permohonan dan penilaian APEL A.
GARIS MASA
VISI, MISI & OBJEKTIF KUALITI
Visi
Menuju ke arah Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang cemerlang dalam kejuruteraan, sains dan teknologi untuk pembangunan lestari.
Misi
Menyediakan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang fleksibel, inovatif dan memenuhi keperluan pelanggan.
Objektif Kualiti
Menyelaras, mengurus dan melapor aktiviti Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) UTHM kepada KPT setiap bulan.
Menjalankan sekurang-kurangnya 2 program akademik secara pembelajaran berterusan setiap tahun.
Menawarkan sekurang-kurangnya 1 program eksekutif/professional/kompetensi setiap tahun.
Menjalankan sekurang-kurangnya 10 kursus pendek setiap tahun.
Memastikan penilaian APEL.A dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan bagi setiap calon yang membuat permohonan.
Memastikan penilaian bagi calon APEL.C dalam tempoh 6 minggu.
Menawarkan 1 program secara ODL kepada pelajar tempatan atau luar setahun sekali.